Wahai pemuda islam..bangkitlah dari tidur mu yang lena.Bangkitlah dari angan-angan kosong mu itu.Bangkitlah kamu dari rasa lemah dan malas.Kerana islam amat memerlukan pemuda yang gagah berani mempertahankan agama.
Lihatlah muslim di luar sana..dipijak,disembelih,dirogol,di dera dan negara mereka dihancurkan,tanah mereka di jajah.
Ingatlah..muslim itu bersaudara walaupun berbeza warna kulit,tempat lahir,bangsa.Kerana tali persaudaraan sebagai muslim hanyalah kalimah" lailahaillah muhammadul rasulullah".Maka,kita bersaudara.Setiap kesakitan yang mereka rasa kita sepatutnya rasa.
Bangkitlah..lihat keadaan islam sekelilingmu..jangan pejam mata hatimu..lihatlah sekali lagi keadaan umat Islam yang makin tenat.

No comments:
Post a Comment