Thursday, 30 August 2018

Kisah Durian

Kisah durian.. Tak semua orang dilahirkan dalam keadaan berharta dan ada duit..sebahagian hidup cukup-cukup sahaja.. tak kisah la penoreh,petani,tukang kebun,dan macam-mana lagi yang hidup kais pagi makan pagi,kais petang makan petang. Pendapatan yang kecil nak sara anak-anak.Itu belum lagi kehidupan keluarga yang fakir dan anak pula ramai.Nak bayar yuran anak,barang persekolahan anak,keperluan dapur rumah,bil air dan elektrik serta banyak lagi tanggungan dia. Aku faham perasaan ibu bapa yang hidup susah ni bila di hujung bulan duit tidak ada sangat ditambah pula dengan kemahuan anak-anak..tapi kerana kasihkan anak,ibu bapa sanggup berkorban apa sahaja. Bersyukurlah... Jangan lupa kasih ibu bapa bila kita dah berjaya dalam hidup. Nih komik yang aku lukis..aku share sini.

No comments:

Post a Comment