Dulu admin memang suka berangan nak kawin dengan seorang lelaki yang belajar aliran agama.Masa tuh admin jatuh cinta dengan seorang pelajar university al azhar.Rasa cukup bahagia ..rasa inilah lelaki yang aku dambakan..lelaki yang perfect di mata aku..
Bagi aku dia lah segala-galanya dalam hidup..kacak dan beragama itu je yang bermain dalam fikiran aku saat itu.
Selepas beberapa bulan,dia call aku dari Mesir marah-marah aku..itu kali pertama aku dengar suara dia..aku teruja sangat padahal sepanjang perbualan hampir setengah jam dia asyik maki aku habis - habisan.
Tapi sebab aku sayang dia,aku tak kesah dia maki apa malah aku jawab elok-elok dan lemah lembut..sejujurnya,hatiku menangis bila dia mula panggil aku dengan gelaran "babi!!" Tapi aku tak menjawab sebab aku rela asalkan dia tak tinggalkan aku dan masa tuh aku mula tahu lelaki yang aku anggap baik macam malaikat rupanya macam ini perangai sebenar dia.Aku nak move on tapi aku tidak sanggup.Hatiku sakit sangat..
Masa dia tengah mencarut kat aku dalam telephone tuh,aku baru balik dari hotel sempena Majlis anugerah pelajar cemerlang..Aku nak cakap kat dia pasal kejayaan itu..tapi dia call maki aku sampai hancur aku punya semangat hidup.
Aku menangis dan air mata aku mengalir jatuh dari pipi,masa tu housemates aku ada..dia nampak air mata aku semasa tengah jawab telephone.Housemate aku ambik telephone tuh dan dengar..dia terkejut lelaki yang aku anggap malaikat sedang maki hamun aku dengan banyak mencarut.
Selepas itu,3 orang kawan aku masuk campur.Diorang marah lelaki tu.Aku ingat lagi kata kawan aku kat laki tuh"kalau awak nak maki saya tak kesah sangat sebab saya perempuan yang jahat..tapi kawan saya yang awak maki ni baik..dia baik sangat dan tidak tak pernah kapel dengan mana-mana lelaki.Saya ingatkan awak yang beruntung sebab dapat dia rupanya tak..awak tak layak buat kawan saya!!!...harap belajar agama tapi berkasar dengan perempuan yang lemah!!!..kurang ajar!.....=#!#=?"""!!!"
Aku cuma mampu mengalirkan air mata sahaja.Aku malu dengan kawan-kawan baik aku.Sebab hari-hari kawan aku beritahu kawan dia seorang lelaki yang baik..dan kawan aku juga bahagia pada mula-mula kami kenal secara tak sengaja.Then,blocked lelaki tu.
Hampir tiap hari,aku lemah.Semangat aku hilang saat lelaki yang aku sayang hilang.Aku juga malu bila kawan-kawan buat gossip tentang aku ditipu dengan pelajar agama..aku cukup malu sampai aku dijadikan role model oleh kawan-kawan lain bahawa tak semua lelaki yang belajar agama baik-baik..ramai boleh belajar agama tapi tak semua hidup beragama seperti apa yang dipelajari.
Ye.. kebodohan aku sebab aku terlalu cepat menilai orang.Kini,aku yang menyesal..belum sempat aku bercinta,hatiku dihancur-hancurkan.
Jadi aku sudah serik..aku jauhkan diri aku..aku takut semua ini berulang lagi..aku kunci pintu hati rapat-rapat.






No comments:
Post a Comment